Monday, November 21, 2011

8 SYARAT


Bismillahirohmannirahim
salam hormat.

8 syarat wanita boleh bekerja.

1. Mendapat izin dan reda suami
2. Menutup dan menjaga aurat sebagai seorang wanita muslim
3. Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar norma atau kudrat seorang Wanita.
4. Membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan.
5. Tidak berdua-duaan dengan pekerja lelaki dalam satu ruang kerja.
6.Menjaga kewajiban sebagai seorang isteri dan ibu.
7. Menjaga kewajiban sebagai seorang hamba Allah.
8. Bekerja dengan pekerjaan yang halal.

Friday, November 4, 2011

Aidiladha

Salam hormat. critikal thinking!

~Ayah warded, 3 days..i'm running Al-Hamra alone. go to the K.L alone..open and close by myself alone..sometimes i really need assistant. but, not easy to trust somebody for a short time. my assistant hafiz and syukriah cannot help me for a while.. i now, i'm not alone, i have my lovely housemate, my lovely best friends..

~ really feel upset, because i can't spend my time for update my blog and also share anything..

~ prepare for vacation.. Bangi~Perak~Penang~Cameron Highland..

Sunday, October 9, 2011


Alhamdulillah, syukur pada Al-Khaliq. Tuan empunya alam ini.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah tercinta.

Masa untuk mengupdate blog ini sangat terhad. Lantaran saya kini baru mempunyai sepenuh masa untuk mengubah dan meningkatkan lagi Al-Hamra Book store. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Untuk anda semua, Novel sejarah karya Pak A
bdul Latif Talib sudah boleh di dapati di Al-Hamra. Novel sejarah yang saya kira mampu membuka mata kita, bagaimana Keruntuhan khilafah Islamiah dan sistem khalifah dimansuhkan dibumi Istanbul. Dimana Bumi yang pernah menjadi taklukkan Sultan Yang hebat Muhammad Al-Fateh..

Saya galakkn staff Al-Hamra untuk membaca juga isi kandungan sesebuah buku, agar dapat kita cadangkan buku-buku yang menarik dan mempunyai isi yang bagus sebagai santapan minda.:) kalau tidak mampun untuk membaca keseluruhan buku, sinopsis pun sudah cukup bagus. tetapi saya tahu staff Al-Hamra, terutama Full time sangat suka membaca dan mencintai ilmu.

Sesuai dengan moto atau tagline Al-Hamra Book store " Sahabat Ilmu Anda"


Monday, September 19, 2011

Sabra Dan Shatila

Sabra Dan Shatila

~sejarah kekejaman ke atas umat Islam~

ayuh jangan lupa sejarah, agar ia tidak berulang lagi!!
p/s: click di Sabra dan Shatila. ada kisah disitu yang perlu dibaca.

Selamat membaca!

::Promosi::


~Mari-Mari, dapatkan majalah Gen-Q, Manual remaja Bertaqwa.:)
Bahan bacaan Ilmiah yang sesuai dimiliki oleh remaja-remaja yang mencintai ilmu, ringkas, padat, cantik dan menarik isinya,





Jika dapatkan boleh membeli secara online disini. boleh email di shahirahshabandi@yahoo.com.my.

Harga RM7 senaskah.

Berita Baik untuk Pelanggan sekitar lembah Klang dan Kuala Lumpur. Free postage charge! :)

Saturday, September 17, 2011

CUBA MENJADI YANG TERBAIK

salam hormat.

Amanah sangat berat. tak tertanggung rasanya. Allah..kadang-kadang rasa semangat, tapi bila-bila masa je akan merundum jatuh..Aku hamba yang lemah, tiada tempat lain untuk bergantung melainkan pada Allah swt.

Bersyukurlah dengan nikmatnya, bila-bila nikmat ini akan ditarik balik. Ibu ayah, hargai lah mereka selagi termampu, hubungi/ sms/video call/Ym/ chat FB/ tulis surat atau apa saja teknologi yang boleh kita menghargai dan membalas jasa ibu ayah. walaupun mereka tak minta harta yang mengunung atau pun wang ringgit. Kasih sayang dan doa anak yang soleh mampu memberi ketenangan pada mereka, selagi masih sempat. Ibu ayah bukan hak kita sepenuhnya. Mereka punya TUAN yang lebih berhak...

Juga dengan apa yang kita ada sekarang, kereta, rumah, handphone, Ipad, I phone dan segala jenis gadget canggih sekarang.. sekejap je tu Allah pinjamkan, gunakanlah dengan sebaik-baiknya dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya. kalau salah guna, apa lagi jawab la dekat akhirat nanti.

peringatan ini juga untuk diri saya yang lalai.

Saya bukan lah yang terbaik namun saya cuba untuk jadi yang terbaik:) kadang-kadang, ada kawan-kawan tanya, "Sya kenapa tak beli kereta?kan mudah untuk bergerak.." saya senyum je (dalam hati berkata, sebenarnya kereta dah ada, cuma lesen je takde:) ). saya belajar lagi cukup lah tumpang kereta sahabat serumah. Saya sangat bersyukur punya teman serumah yang memahami keadaan saya sekrang. beri pinjam motor dan kereta untuk kegunaan saya. Motor sahabat saya yang banyak berjasa untuk membawa saya ke Usrah, program-program dakwah, ke kelas dan menguruskan Al-Hamra . (nak je Tanya awak ada kereta tapi kenapa tak datang usrah?)

"ada pulak yang tanya aip sya pakai handset ni je ke?" saya senyum je. Bila balik kampung sepupu-sepupu masing-masing nak tunjuk kecanggihan handset masing-masing..saya bukan kedekut. Tapi cukup lah dengan handset saya ni, sebab saya ni dah banyak kali tukar handset ada je yang jadi, hilang dan rosak. Allah nak bagi peringatan supaya bersederhana je,ikut keperluan. saya jawab cukup la dapat call ibu ayah hari-hari dan jawab sms customer..(awak ada call mak awak hari-hari ke?) nak je tanya macam tu. tapi tak jadi sebab, saya balik kampung untuk ziarah nenek dan jumpa saudara mara.

cukuplah, saya mahu jadi insan yang bersyukur, saya malu dah terlalu banyak dan tidak terhingga nikmat yang Pencipta saya beri..:'''(

Alhamdulillah..alhamdulillah..

p/s: maaf la kalau entry kali ini berbau emosi. sebab saya menulis di waktu petang, hujang turun denga lebat dan saya tinggal seorang..dengar pulak lahu Opick lagi la sayu..

Saturday, September 10, 2011

::Bedah- Operate Buku::

salam hormat.

tengok tajuk macam seram je main bedah-bedah ni..hehehe. sebenarnya saya nak kongsi kisah 'Novel Langsir Biji Remia' tulisan NOOR SURAYA, penulis novel 'jaja dan din'.

kisah kali ini juga menarik seperti Novel Jaja dan Din.:)

Duha Hafa dan Umair menjadi rakan bual tingkap rumah masing sejak kecik. Namun setelah 10 tahun masing-masing telah meningkat dewasa dan berperasaan. Umair sejak dari kecik lagi sudah menyimpan perasaan terhadap Duha Hafa.

Namun setelah 10 tahun, wajah comel Duha Hafa telah di simpan baik-baik. Duha Hafa telah berpurdah.( Purdah Hitam lagi).. Kisah mereka bersambung semula namun Duha bukan lagi gadis comel yang banyak mulut. Duha hafa telah menjadi wanita yang sopan santun di balik purdahnya dan menjaga batas pergaulan.

Bagi Duha hafa, apa yang tersembunyi di balik prudah hitam itu adalah kecacatannya, rasa rendah diri yang terlalu menyebabkan duha ingin berhenti belajar bila mula semester akan datang.

bekerja di kedai buku ' Cerita lah lagi' memberi pengalaman baru untuk Duha, dan umair mengambil peluang bekerja sambilan di kedai buku ini supaya dapat mendekati semula hati dan diri Duha..

Tapi segala-galanya telah berubah tatkala, umair melihat wajah Duha Hafa disebalik purdah hitam itu.Wajah yang comel satu ketika dulu telah berubah, ada kesan terbakar sedikit yang merubah bentuk muka Duha..adakah perasaan kasih sayang telah berubah juga???

..........................:)
Dapatkan buku ini. sesuai untuk remaja perempuan dan wanita bekerja juga pada pelajar sekolah, pelajar universiti. ada pengajaran yang tersirat dan tersurat..


selamat membaca:)

Tuesday, September 6, 2011

Alahai..(sesuai ke dengan tajuk??)

Kembali dengan dunia buku..! setelah cuti panjang selama sehari di Seremban, 3 hari di Bentong, Pahang, 2 hari di Johor Bharu.
Kembali mengerah keringat dan fikiran untuk peningkatan dan pemasaran Al-Hamra. Hampir sebulan dalam pengurusan baru,
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun staff Al-Hamra semua masih bercuti (melampaukan diorang raya!hehehe)
tapi tidak mengapa tunggu nanti...2 hari saya mengemas, membalut, menampal harga, menyusun stor, memunggah dan mengangkat..
semua saya buat seorang diri..wah...lepas tu,mula la sakit segala urat dan tulang haaa!! rasa kan nak buat sangat sendiri.
tapi rasa sangat puas hati bila semua saya atur sendiri
( baru tau saya ni kreatif jugak,aahaakss! )

Dek kerana malas nak cari dalam google ( Sebab line internet *slow) maka saya pun memulakan langkah kaki ini menjadi penyiasat persendirian (aip..lain je bunyinya)
bukan nak cari penjenayah tetapi mencari idea-idea segar untuk *rebranding
semula Al-Hamra.

Ramadhan lalu saya sempat bertapa di Kinokuniya Book Store KLCC selama beberapa jam sehingga waktu berbuka puasa.

kemudian, baru-baru ini ketika saya mengiringi pemergian Sahabat saya Siti Nafisah terbang ke Damsyiq, saya sempat la singgah di Book & Magazine KLIA.

Semalam saya ke Kl, Wisma Yakin. banyak *giler buku !!!. dari nak beli stok AL-QURAN, terbeli buku, buku, buku dan buku...
Yeeehhaaa!!! Amik kau, masa nak bayar terkebil-kebil..bertemankan Cik Syuhada (Team Production Na'eem) saya meninjau-ninjau buku-buku terbaru.

Rumusan:

Susun atur buku dan Stationery sangat penting agar dapat membangkitkan mood pembaca.

Instrumental memainkan peranan yang membantu, kerana mampu untuk memberikan mood rilex dan tenang kepada pembaca.

Sedang merangka plan perjalanan lagi..Jom!! siapa nak join..:)

Rajin-rajin membaca:)

Sunday, September 4, 2011

~Sedikit Tip~


~salam hormat.~


Pada yang menjadikan membaca sebagai aktiviti ketika waktu lapang, atau yang bijak menggunakan masa, membaca ketika membunyai waktu terluang seperti menunggu bas, ketika di dalam komuter, ketika menunggu hidangan( makan direstoran) atau yang suka lepak-lepak di taman sambil membaca. kaki buku, ulat buku, atau ahli akademik yang mencintai ilmu. siapa-siapalah yang berkatitan dengan dunia buku. (termasuk pekerja
di kedai buku) hehehe:)

Anda mestilah mempunyai ilmu tentang bagaimana caranya tip2 menjaga buku dengan baik agar tidak di makan anai-anai atau di gigit tikus..ahaahh... caranya beginiye puan-puan sekalian..


1) Biasakan membalut terus buku yang baru dibeli dengan pembalut lutsinar yang sesuai. atau mengikut citarasa masing. yang penting pembalut itu dapat menyelamatkan buku dari air tertumpah atau tak berminyak.( maklumla ade jugak yg membaca ketika makan). * jangan amalkan.:)

2) Jika buku anda sudah betambah-tambah, lebih-lebih lagi yang sentisa membeli buku secara konsisten (sebulan 2 buku atau lebih). Sediakan rak yang sesuai untuk menyusun buku anda. Elakkan meletakkan buku di lantai.! Susun buku secara meneggak.

3) Elakkan melipat hujung buku ketika membaca. Gunakan lah menanda buku atau pembaris. Lagipun senang je nak buat penanda buku..:) Jika dah baca tempat lipat ia akan membuatkan buku kesayangan anda rosak dan boleh jadi mudah untuk terkoyak..! sayangilah buku anda..

4) Letakkan buku ditempat yang tinggi terutama kitab-kitab atau Al-quran.

5) jangan terlingkup Buku. ia boleh merosakkan bahagian tengah/ tulang buku, lebih-lebih lagi buku tebal seperti novel, buku rujukan..


Akhir sekali, Jika ada kawan-kawan yang meminjam buku jangan lupa selitkan nota kecik di bahagian buku anda supaya kawan anada menjaga buku itu seperti mana anda menjaganya. Jangan lupa tulis nama anda di buku. atau no phone, jika tercicir ada yang akan memulangkannya.(yeke? ntah la..)


sekian saja untuk kali ini.

Selamat membaca dan beramal:)


Thursday, September 1, 2011

IKLAN







PERHATIAN!!!!

Na'eem Production ada menyediakan kemudahan sewaan P.A System untuk pelbagai majlis. samaada majlis luar atau dalam. padang, dewan, dataran parking surau dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai.

Harga boleh dirunding.

sebarang maklumat atau tempahan boleh email di shahirahshabandi@yahoo.com.my.






~Terima Kasih~

(peneman kami sewaktu di asrama, zaman study:))

salam Syawal..:)
Syawal ke 3, di skudai Johor Bharu.

~berpagian di rumah adik saya yang kedua. merancang perjalanan ke Felda simpang waha Kota Tinggi. menziarahi sahabat baik saya Siti Aminah. seronok tak terkata, alhamdulillah saya punya family yang sporting dan ayah melayan kehendak kami adik beradik. sampai je kat kota tinggi. cabaran mencari Felda simpang Waha. menempuh ladang kelapa sawit yang luas terbentang.Hijau je, tenang je..:)

~ Alhamdulillah, sekali cari Allah permudahkan carian kami. Turun je kereta berpeluk sakan kami. yela orang lain yang merancang nak ke Johor, saya pula yang murah je rezeki sampai ke Johor. hehehe

~ Makan tenghari sambil berbual panjang. Nampak gayanya, keluarga saya dan keluar Aminah mudah dan cepat je mesra. Alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih Allah.:)

* sahabat saya ni, sahabat yang sangat rapat dan baik semasa study di kampus dan kami serumah. macam-macam pengalaman yang kami tempuh bersama. termasuk la, saat Aminah menemaniku menaiki ambulan ketika saya sakit dulu.. cerita lama..
sama-sama berkerja, tapi lain tempat cuma tempat kerja kami dekat je. lunch sama-sama, kadang-kadang Aminah yang teman saya sampai saya habis kerja kalau dia habis kerja awal dari saya. sewaktu di asrama, bilik ku menjadi persinggahannya. dan tempat study Aminah.
semoga Siti Aminah sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu..:)
terima kasih sudi layan kami.

pengalaman Syawal yang sangat berharga. Mudah-mudahan silaturahim ini akan terus kekal hingga ke syurga. aminnn.:)


Sunday, August 28, 2011

~MANFAAT~

Memulakan perjalanan yang panjang:)

Dari Bangi- Seremban-Pahang- Johor~

~memanfaatkan sepenuhnya cuti raya bersama keluarga tersayang:)

JOM!!! manfaatkan Penghujung Ramadhan:)

Friday, August 26, 2011

::KEJAR::

~saya masih berusaha untuk mencari masa menulis di blog. aduh...! saya kini bermain kejar-kejar dengan masa. kadang-kadang tu dapat menepati masa, kadang -kadang saya kena tinggal dengan masa.. haa. kan padan muka!~

bukan mudah untuk menguruskan syarikat(kedai buku). ayah belikan saya kedai buku untuk saya uruskan. bukan mudah tau, saya perlu meguruskan semua hal walaupun ada 3 orang staff yang membantu( kawan-kawan jgk sebenarnya) tapi saya dah kata saya terlalu muda, namun saya telah cuba yang terbaik untuk bulan pertama ni.mudah-mudah sedikit perubahan ini mampu untuk menarik 'pengunjung/pelanggan tetap..

saya telah menjadi seorang yang terlalu kuat bekerja..(hakikatnya saya akan ke ofis jam 11 setiap hari) he..he..lambat tu..dan saya akan stay di Al-Hamra(nama kedai buku saya):) sehingga malam. perlu memantau perjalanan pengurusan Al-Hamra.. mula-mula memang terlalu memenatkan.. tetapi saya suka dengan kerja saya.(walaupun kadang-kadang saya terpaksa belari untuk ke kelas)..

opps... sebenarnya sekarang pun saya di Al-Hamra..ok. saya akan post kan entry tentang pelbagai gelagat pelanggan..(terima kasih kepada staff Al-Hamra, hafiz, syukriah dan fidaiy)

p/s: alamak ada pelanggan, sempat lagi update blog..:) ngeee...~

Friday, August 19, 2011

Bersedia?

~sudah lama saya tidak menjengah blog-blog yang menarik dan "berisi". keterbatasan waktu membuatkan saya lupa untuk bahawanya dahulu saya gemar menyelongkar khazanah tulisan blogger-blogger. tidak kira siapa pun lebih-lebih lagi Muslimah yang seusia dengan saya.

~memyela nukilan rasa beberapa sahabat, saya jadi kagum dengan mereka. Yang sudah berumahtangga yang baru menimang cahaya mata. kisah seorang sahabat yang baru menimang permata hati pengikat kasih, namun hajat untuk melihat anakanda tercinta membesar tidak kesampaian. Allah lebih tahu. Hanya sebulan sahaja sahabat saya ini bersama dengan anakanda yang soleh. "sambil tersenyum dia katakan pada saya sudah ada yang menunggu diSYURGA".

Allahuakhbar..jika saya mungkin tidak sekuat dan tabah beliau. sedangkan kami sebaya dan beliau mendahului saya dalam pernikahan. Dan cukup indah melalui saat-saat manis hamil dan melahirkan.

menjengah satu kisah lagi, muslimah ini muda setahun dari saya. dan bila membaca kisah beliau yang baru sahaja tamat tempoh berpantang membuatkan saya turut sama mengalirkan air mata, tatkala beliau tenang menulis menceritakan saat-saat genting bayi comelnya terpaksa ditahan di NICU (unit rawatan rapi untuk kanak-kanak) akibat masalah darah. Allah.. manisnya bergelar ibu disaat muda. Tahniah Buat sahabat-sahabat yang baru sahaja menimang cahaya mata.

~ saya tidak pasti adakah saya sudah bersedia untuk menjadi seroanng isteri atau menjadi seorang ibu~ apa yang penting saya perlu bersedia sentiasa dan mensolehahkan diri untuk jadi yang terbaik.

salam ramadhan:)

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

alhamdulillah berkesempatan untuk pulang berpuasa di rumah sendiri~

pagi-pagi lagi ibu dah bising suruh siap untuk menemaninya keluar membayar bil-bil dan mencuci mata di hypermarket.

berdua dengan ibu bebas untuk kami berkongsi cerita!:)








* ibu beli handbang baru.:)